PENGENALAN
Kreativiti ialah suatu konsep yang bersifat multi dimensi dan inter disiplin. Tetapi yang jelas kreativiti boleh dikaji dan difahami berdasarkan beberapa pandangan sarjana yang berbeza-beza seperti seni, falsafah, perubatan, psikoanalisis dan kepimpinan. Oleh yang demikian,ada juga sarjana yang berpendapat kreativiti suatu konsep ilmu yang sudah memasuki fasa ‘paradoks’. Perbahruan yang keterlaluan dalam pelbagai bidang in menjadikan kreativiti sebagai suatu bidang yang amat diminati.
Bagaimana pun kreativiti sebagai suatu disiplin ilmu yang spesifik masih agak baru. Pada masa ini kreativiti sebagai suatu disiplin ilmu masih belum mantap dan masih berdiri dalam disiplin psikologi.
Sebenarnya disiplin kreativiti telah berkembang lebih satu abad. Oleh yang demikian telah banyak perkemabangan yang berlaku khsusnya terhadap konsep dan teori kreativiti. Perkembangan yang amat menggalakkan ini hasil daripada pertemuan para sarjana, penyelidik dan penggiat disiplin kreativiti dalam seminar-seminar kreativiti peringkat dunia. Selain itu, beribu-ribu buah buku telah dihasilkan dalam pelbagai perspektif yang membahaskan tentang kreativiti.
Selain beberapa jurnal terkemuka yang menjadi medan perbincangan intelek di kalangan para penyelidik. Bagi memantapkan disiplin ini, persatuan-persatuan kreativiti ditubuhkan di seluruh dunia dan dari sini jaringan dan perkongsian maklumat dapat diwujudkan.
Pengertian Kreatif
Kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan mencipta sesuatu yang baru dengan pelbagai, kreativiti berkaitan kebolehan menggunakan otak kanan.Otak kanan pula adalah tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama musik, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan keperibadian.
Jika individu yang banyak yang mengatakan otak kiri dilabel sebagai pengendali IQ (Intelligence Quotient), otak kanan pula memegang peranan penting bagi perkembangan EQ (Emotional Ouotient). Fungsi dari otak kanan ini adalah untuk mengurus pola berpikir kreatif manusia, contohnya adalah kemampuan komunikasi (lingusitik).
Cara kerja otak kanan ini biasanya tidak terstruktur, dan cenderung tidak memikirkan hal-hal yang terlalu khusus iaitu bertentangan dengan otak kiri. Contoh orang yang mengunakan otak kanan dibandingkan otak kirinya adalah seorang seniman, pelukis dan sebagainya.Kreativiti boleh dilatih dan dibentuk untuk menjadi seseorang itu kreatif seseorang itu mesti mempunyai Tanggung jawab dalam memupuk daya kreativiti.
Kreativiti
Keretiviti Setiap kanak-kanak yang dilahirkan mempunyai pemikiran yang kreatif menurut Lowenfeld,1975 dan Guilford menerangkan bahawa intelektual atau minda mempunyai lima bentuk oprasi iaitu kognitif ialah menerima dan memproses maklumat, Memori adalah menyimpan mengigat maklumat,Pemikiran korvergen merupakan keupayaan pemikiran penyelesaian masalah secara khusus ,pemikiran divergen adalah kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai bercapah adalah selari dengan pemikiran kreatif dan penilaian merupakan pertimbangn bagi sesuatu tindakan.
Cara untuk mengesan seseorang yang kereatif ialah seseorang kanak-kanak itu boleh menghasilkan idea yang unik dan boleh memberikan alternatif di dalam menyelesaikan masalah boleh memikirkan kemungkinan-kemungkinan daripada sesuatu tindakan.Selain itu,boleh menyesuaikan diri sanggup menghadapi cabaran dengan positif dan mereka yang mempunyai pemikiran kreatif ini bersikap anih, kelakar ,gila-gila,mereka juga berfikir di luar kotak.Manakala tahap perkembangan kreativiti menurut Fisher (1943) mempunyai lima tahap dalam pemikiran kreatif iaitu pada peringkat rangsangan ia memberi soalan kritikal boleh mendorong perasaan ingin tahu.
Peringkat penerokaan pula kanak-kanak cuba mencari jawapan terhadap soalan yang telah diberikan.kanak-kanak yang kreatif akan cuba pelbagai cara, gaya, teknik bagi menyelesaikan masalah.Pada peringkat perancangan ia melalui perancangan secara visual. Pada peringkat aktiviti kanak-kanak melakukan tindakan berdasarkan persoalan ‘ bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut dan kajian semula ia membuat penilaian dan refleksi terhadap keberkesanan tindakkan yang telah dijalankan untuk tujuan penambahbaikan.
KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH
Kreativiti dan inovasi dalam kalangan kanak-kanak juga boleh dipupuk dalam pelaksanaan pembelajaran dalam kumpulan. Setiap kanak-kanak mempunyai daya imiginasi yang tersendiri dalam melihat sesuatu secara berlainan. Pembelajaran dalam kumpulan dapat memupuk para kanak-kanak untuk berfikiran secara terbuka atau berfikir di luar kotak serta secara analitikal, kritikal dan praktikal. Apabila memberikan pelajar sesuatu situasi untuk diselesaikannya, pelajar-pelajar melihat masalah itu dari pelbagai perspektif.
Sebagai contoh pelajar aliran sastera melihat dari aspek kualitatif manakala pelajar aliran sains saya pula melihat dari perspektif kuantitatif. Bagaimanapun kedua-dua golongan ini melihat sesuatu masalah yang diberikan secara alitikal, praktikal dan pragmatik. Hal ini akan mendorong –pelajar pelajar untuk melihat sesuatu perkara itu sebagai peluang yang boleh mencetuskan idea baharu. Mereka juga terpaksa menggunakan minda yang kreatif untuk menemukan perspektif yang baru dalam penyelesaian masalah.
Sebagai contoh pelajar aliran sastera melihat dari aspek kualitatif manakala pelajar aliran sains saya pula melihat dari perspektif kuantitatif. Bagaimanapun kedua-dua golongan ini melihat sesuatu masalah yang diberikan secara alitikal, praktikal dan pragmatik. Hal ini akan mendorong –pelajar pelajar untuk melihat sesuatu perkara itu sebagai peluang yang boleh mencetuskan idea baharu. Mereka juga terpaksa menggunakan minda yang kreatif untuk menemukan perspektif yang baru dalam penyelesaian masalah.
Pelajar perlu memikirkan beberapa alternatif dan menentukan pilihan yang terbaik semasa menyelesaikan masalah dengan mengambil kira perkara-perkara penting kemudian menentukan keutamaan untuk menyelesaikan masalah.Penggunaan model kreatif dan inovasi akan membantu pelajar dalam cara belajar bab ini dengan lebih berkesan. Pelajar yang mengaplikasikan model ini dalam pembelajaran dalam bab menbezakan dan boleh membandingkan sesuatu permasalahan.
Kretiviti pada peringkat kanak-kanak
Menurut teori Dabrowsky menjelaskan tentang perkembangan yang overexcibility pelbagai perkembangan kanak-kanak pintar cerdas dan kretif yang meliputi aspek psikomotor, sensual, intelektual, imaginasi, dan emosi. Dia membicarakan perkembangan yang sebegitu yang dijelaskan dengan gambaran bagaimana seorang kanak-kanak cerdas mengalami perkembangan dalam keadaan yang sensitive berbanding dengan kanak-kanak normal. Keadaan tersebut terbahagi kepada lima iaitu:
Bagi aspek Psikomotor,kanak-kanak pintar cerdas mempunyai pergerakan yang besar. Mereka selalu bergerak dan mempunyai banyak tenaga serta banyak bertanya.Sensual kanak-kanak ini menyukai perkara-perkara yang merangsang sensori seperti tekstur, bauan dan rasa. Mereka sangat sensitif terhadap cahaya dan suara yang kasar atau menangis ketika mendengar lagu sendu.
Bagi aspek Psikomotor,kanak-kanak pintar cerdas mempunyai pergerakan yang besar. Mereka selalu bergerak dan mempunyai banyak tenaga serta banyak bertanya.Sensual kanak-kanak ini menyukai perkara-perkara yang merangsang sensori seperti tekstur, bauan dan rasa. Mereka sangat sensitif terhadap cahaya dan suara yang kasar atau menangis ketika mendengar lagu sendu.
Bagi aspek Imaginasi kanak-kanak perkembangan imaginasi ini dilihat melalui kemampuan berpuisi dalam bahasa yang indah, selalu mengimpikan sesuatu, kuat berfikir secara visual dan banyak menggunakan bahasa yang yang bermetaphora. Suka mengelamun, mempunyai ingatan yang kuat terhadap mimpi-mimpinya dan sangat menyukai cerita-cerita dongeng.
Perkembangan intelektual kanak –kanak berkembang intelektual ini sering digunakan untuk keperluan pendefinisian giftedness. Mereka lebih menyukai permainan yang menggunakan otak dan merangsangnya seperti permainan puzzle.
Selain daripada itu, kanak-kanak juga mempunyai tahap perkembangan emosi yang tinggi iaitu sangat simpati dan mudah merasa hiba.sesuatu keadaan, kemahiran berfikir yang efektif perlu digunakan dalam menyelesaikan masalah kerana penyelesaian masalah juga sebagai proses kemahiran berfikir.
Saya berpendapat bahawa penggunaan kaedah pemikiran kreatif dan inovasi dalam menyelesaikan masalah yang digunakan dalam pembelajaran, pelajar diharapkan menjadi seorang penyelesai masalah yang baik sama ada di dalam dan di luar sekolah.
Kesimpulannya, kaedah penyelesaian masalah ini bukan sahaja telah berjaya merungkaikan segala kesulitan pelajar dalam pelajaran malah dapat membantu pelajar apabila mereka dewasa nanti.
Ciri-Ciri Kreativiti
· Bersifat Fleksibel
· Sensitif dan Peka
· Logik
· Berfikiran bebas
· Bersifat terbuka
· Gagasan idea asli dan tulin
Strategi Merangsang Kreativiti Seseorang
Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance
Ø Beliau mencadangkan 7 cara meransang penjanaan kreativiti seseorang individu;
1. Penyoalan – merangsang daya berfikir atau ingin tahu
2. Penemuan – menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan dan kajian.
3. Pemerhatian – menggunakan pelbagai deria bagi mengetahui sesuatu
4. Percubaan – menggalakkan bereksperimentasi sehingga mendapat hasil yang terbaik
5. Penerokaan – eksplorasi/persekitaran
6. Memanipulasi – bagaimana pelbagai bahan/barangan/alat yang terdapat di sekeliling boleh dijadikan karya seni
7. Aktiviti Bermain – bermain untuk tujuan pembelajaran
Menurut teori Piaget menyatakan setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang tersendiri. Oleh sebab itu, kebolehan mereka berlainan pada setiap peringkat kerana factor kecepatan perkembangan kognitif mereka. Perkembangan kognitif itu berlaku secara berperingkat-peringkat. Pada peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat-peringkat yang berikutnya kerana pada tahap itu menjadi asas bagi perkembangan peringkat yang berikutnya. Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Beliau telah membahagikan perkembangan tersebut kepada empat tahap iaitu:
1) Tahap Sensori Motor atau deria motor (sejak dilahirkan – 2 tahun)
2) Tahap Pra Operasi Konkrit (2 tahun – 7 tahun)
3) Tahap Operasi Konkrit (7 tahun – 11 tahun)
4) Tahap Operasi Formal (11 tahun – 15 tahun)
Teori Perkembangan Kognitif Pada Setiap Masa Menurut Piaget Perkembangan Masa
Bayi (0 – 2 tahun)
Piaget berpandangan bahawa tahap-tahap perkembangan pemikiran dapat dibezakan melalui empat tahap iaitu pemikiran sensoris-motorik, praoperasional, operasional konkrit, dan operasional formal. 8
Pemikiran bayi termasuk dalam pemikiran sensoris motorik. Pada tahap ini, bayi mampu untuk mengorganisasikan dan mengkoordinasikan sensasi melalui gerakan-gerakan fizikal. Pada waktu ini, bayi yang baru lahir bukan saja menerima secara pasif rangsangan-rangsangan terhadap pancainderanya, tetapi juga aktif memberikan respon terhadap rangsangan tersebut melalui gerakan refleks. Ketika anak berusia 2 tahun, pola-pola sensorik motoriknya semakin kompleks. Misalnya ialah, anak yang berusia 2 tahun dapat membayangkan sebuah mainan dan memanipulasi dengan tangannya sebelum mainan tersebut benar-benar wujud di hadapannya.
Perkembangan Masa Awal Kanak-kanak (2 – 7 tahun)
Tahap ini dipanggil tahap praoperasional. Pada tahap ini konsep yang stabil dibentuk, penalaran mental muncul, egosentisme mulai kuat dan kemudian melemah, serta terbentuknya keyakinan terhadap hal yang ajaib. Pemikiran pada tahap ini masih lagi kacau dan tidak mampu membuat keputusan dengan baik.
Perkembangan Masa Pertengahan dan Akhir Kanak-kanak (7 – 11 tahun)
Pada tahap ini disebut pemikiran operasional konkrit. Piaget berpendapat bahawa operasi adalah hubungan-hubungan logik diantara konsep-konsep sedangkan ianya hanya melibatkan aktiviti mental yang difokuskan pada objek-objek atau peristiwa-peristiwa nyata atau yang dapat diukur. Pada waktu ini, kanak-kanak dapat mengembangkan fikiran secara logik. Mereka mampu memahami operasi sejumlah konsep, memahami alam sekitar dan sebagainya. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai kemampuan untuk membezakan apa yang dilihat oleh mata atau tidak.
Perkembangan Masa Remaja (11 – ke atas)
Menurut Piaget (1983) jika dilihat dari segi teori ini, pemikiran remaja telah mencapai tahap pemikiran operasional formal, iaitu satu tahap perkembangan kognitif yang dimulai dalam lingkungan umur antara 11 atau 12 tahun dan terus berlangsung sehingga remaja mencapai masa dewasa. Remaja dapat berfikir secara abstrak dan hipotesis. Pada waktu ini juga remaja sudah mampu memikirkan sesuatu yang akan terjadi atau mungkin terjadi. Di samping itu juga, remaja juga mampu berfikir secara sistematik dan menyelesaikan masalah.
Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, ialah
· Gemar bercerita
· Gemar menulis
· Mempunyai ingatan yang baik seperti
mengingati bait puisi
· Mengeja perkataan dengan mudah, cepat
dan tepat
· Suka membaca
· Suka aktiviti permainan bahasa
• Antara ciri-ciri kanak-kanak yang
mempunyai kecerdasan ini, ialah :-
– Mampu menyelesaikan masalah matematik
dengan pantas
– Berkecenderungan dalam komputer
– Gemarkan permainan berstrategi seperti
catur
– Dapat menyatakan sebab dan akibat sesuatu
peristiwa
– Suka pada kerja-kerja yang melibatkan
eksperimen
• Antara ciri-ciri kanak-kanak yang
mempunyai kecerdasan ini, ialah :-
– Gemar berangan dan berimaginasi
– Berkebolehan mentafsir peta, rajah, graf
dan carta
– Gemarkan permainan seperti menyusun objek
– Suka menyanyi dan aktiviti yang melibatkan
muzik
– Suka pada kerja-kerja seni terutama melukis
• Kecerdasan Kinestetik-Badan
Bagi kanak2 yang mempunyai pemikiran keretif mereka mempunyai
Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan perasaan, idea dan menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan.
Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, ialah :-
– Gemar pada sukan, rekreasi dan aktiviti mencabar
– Gemar bergerak dan rasa cepat bosan bila duduk
– Menggerakkan badan atau menyentuh objek lain bila bercakap
– Suka pada aktiviti kemahiran seperti jahitan atau kraftangan
– Pandai meniru karektor atau perlakuan orang lain
Dalam konteks ini, pendidikan seharusnya mampu memberi nilai tambah dan
kefahaman terhadap literasi kreatif dengan memberi tumpuan terhadap falsafah
pengajaran yang mampu merangsang dan menggalakkan kreativiti di kalangan pelajar
seperti berikut;
(i) Pembelajaran sangat penting dan seharusnya menghiburkan.
(ii) Kanak-kanak perlu dihormati dan disayangi sebagai individu yang unik.
(iii) Kanak-kanak sepatutnya pembelajar yang aktif. Mereka seharusnya
digalkakkan menyerlahkan minat, pengalaman, idea dan materialnya untuk
dibawa ke dalam pembelajaran. Mereka seharusnya dibenarkan untuk
berunding tentang kerja sekolahnya bersama guru dan berikan autonomi
kepada mereka untuk membuat keputusan.
(iv) Kanak-akan sepatutnya berasa selesa dan kondusif di dalam kelas. Tekanan
dan keteganagan seharusnya dinyahkan di dalam kelas.
(v) Kanak-kanak juga seharusnya mempunyai rasa pemilikan (ownership0 dan
bangga dengan kelasnya. Mereka perlu didorong untuk terlibat dengan
suasana kelas dan susun aturnya. Pendidik sepatutnya mengatakan “ini bukan
kelas saya”; ini adalah kelas kita bersama!”
(vi) Pendidik ialah sumber bukan pegawai polis, pegawai penjara atau tuhan.
Kanak-kanak harus dihormati dan mereka juga perlu berasa selesa ketika
bersama dengan gurunya.
(vii) Guru harus menyedari bahawa mereka adalah berbakat, berpengetahuan dan
bijak; namun guru bukanlah sempurna.
(viii) Kanak-kanak seharusnya berasa selesa untuk berbincang masalah secara
terbuka dengan guru dan rakan-rakan sebayanya.
(ix) Kerjasama amat penting ke arah persaingan.
(x) Pengalaman pembelajaran perlu hampir dengan pengalaman sebenar kanakkanak.















